Neelofa menghitung hari… - Utusan Malaysia

Neelofa menghitung hari…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pasti ramai yang sedang mengira hari dan meneka tarikh bila agaknya pengacara dan pelakon popular, Neelofa bakal melahirkan anak sulungnya. Ramai yang meramalkan hujung bulan ini atau awal Februari.

Malah Neelofa juga sudah dilihat semakin selesa berkongsi keadaan dirinya. Yalah, sebelum ini dia agak mendiamkan diri dan mengunci mulut apabila ditanya tentang soal kehamilan. Lebih baik simpan sendiri katanya.

Bukan apa, mungkin bagi Neelofa, lebih baik dia menghebah-hebahkan kelahiran daripada kehamilan. Lebih-lebih lagi ramai yang memandang dan memerhati. Kita kalau boleh nak elakkan perkara yang tidak elok.

Kita pun tak tahu, di sebalik senyuman itu, ada apa yang tersembunyi. Lebih-lebih lagi soal dalam hati, siapa mampu menterjemahkan dalam bentuk kata-kata. Jadi lebih baik dia diam daripada mencanang.

Tetapi Poklip yakin, ramai yang mendoakan yang baik-baik untuk selebriti kesayangan ramai ini. Ramai sebenarnya yang teruja melihat perkembangan Neelofa. Perkongsian dalam media sosial juga sering menjadi tumpuan.

Mana tidaknya, laku keras nasi dagang yang dijual seorang pengusaha makanan. Semuanya gara-gara Neelofa berkongsi keinginannya untuk makan nasi dagang sebelum berpantang nanti.

Apa pun, ikhlas dari Poklip dan seluruh team Pancaindera mendoakan semoga urusan Neelofa dipermudahkan. Tak sabar untuk lihat perkongsian Neelofa tentang bayi sulungnya. Dengar cerita lelaki. Mesti comel kan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN