Nadal pahat sejarah di Terbuka Australia - Utusan Malaysia

Nadal pahat sejarah di Terbuka Australia

RAFAEL Nadal cipta sejarah selepas menewaskan pemain No.2 dunia Daniil Medvedev di final Terbuka Australia.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE : Rafael Nadal memahat sejarah pemain lelaki pertama merangkul gelaran Grand Slam ke-21 selepas meraih kejuaraan Terbuka Australia.

Kejayaan diraih Nadal tidak diberi jalan mudah apabila menerima tentangan sengit daripada Daniil Medvedev sebelum berjaya menundukkan pemain No.2 dunia itu,  2-6,7-6,6-4,6-4,7-5 di Arena Rod Laver, sebentar tadi.

Aksi final itu berlangsung lima jam 24 minit disajikan dengan pelbagai drama oleh kedua-dua pemain di hadapan penyokong-penyokong yang hadir memenuhi setiap sudut stadium berkenaan.

RAFAEL Nadal mengakui cabaran yang dilalui untuk mencapai kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah.-AFP

Keputusan itu juga menyaksikan ia merupakan gelaran kedua buat Nadal di Terbuka Australia selepas kali pertama pemain Sepanyol berkenaan memenanginya pada tahun 2009.

Pemain berusia 36 tahun itu yang menduduki ranking keenam dunia itu, turut memiliki peluang dua kali untuk menambah kejuaraan di kejohanan tersebut namun tewas di tangan Novak Djokovic pada 2012 dan Roger Federer (2017).

Sebelum ini, Nadal berkongsi rekod 20 kejuaraan Grand Slam bersama-sama seteru utama, Novak Djokovic dan Roger Federer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya