Muktamad isu pekerja Indonesia, Isnin depan - Utusan Malaysia

Muktamad isu pekerja Indonesia, Isnin depan

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memuktamadkan isu-isu yang berkaitan memorandum persefahaman (MoU) berhubung pengambilan dan penempatan pekhidmat domestik Indonesia (PDI), Isnin depan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, beliau akan bertemu dengan rakan sejawat, Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah bagi membolehkan MoU berkaitan dapat ditandatangani pada 7 dan 8 Februari ini di Bali.

Katanya, pertemuan turut disertai Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga dalam siri lawatan kerja ke Indonesia pada tempoh tersebut.

“Pertemuan ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Januari lalu agar satu lawatan diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pemeteraian MoU tersebut.

“Isu-isu utama berkaitan dengan MoU tersebut berhubung One Maid One House, One Channel System dan gaji PDI telah pun disepakati menerusi siri rundingan di antara kedua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, MoU terdahulu ditandatangani Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Dr. Fong Chan Onn pada 2006 di Bali, Indonesia manakala protokol bagi meminda MoU tersebut ditandatangani di Bandung, Indonesia pada 2011.

Minggu lalu, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan perjanjian bekalan tenaga buruh dari Indonesia bakal dipercepatkan bagi menampung keperluan industri pembinaan negara.

Katanya, perbincangan mengenai usaha untuk membawa masuk tenaga buruh dari Indonesia dan Myanmar sebelum ini dibuat bersama Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Dalam Negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN