Muda bukan parti Melayu - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Muda bukan parti Melayu – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bukan parti Melayu.

Itu ditegaskan oleh Presidennya, Syed Saddiq Syed Syed Abdul Rahman yang memberikan maklum balas terhadap komen di Twitter yang mendakwa Muda sebuah parti memalukan sebagai parti Melayu.

Menurut Syed Saddiq, Muda milik seluruh rakyat Malaysia.

“Di pinggir desa dan di tengah bandar. Yang muda dan tua. Berbilang bangsa dan agama.

We will defend and celebrate diversity (Kita akan pertahankan dan meraikan kepelbagaian),” katanya melalui ciapan di Twitter.

Dakwaan itu dikatakan ada kaitan dengan gambar yang tular mengenai ‘pesta minum bir’ yang dilakukan oleh beberapa individu yang memakai baju tertulis perkataan ‘Muda’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya