MHO kutuk tindakan UK label Hamas pengganas Muslim  - Utusan Malaysia

MHO kutuk tindakan UK label Hamas pengganas Muslim 

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) sekeras-kerasnya mengutuk dan membantah tindakan Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom, Priti Patel yang membuat usul di dalam Parlimen supaya memerintahkan kesemua entiti Hamas di label sebagai Pengganas Muslim. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia bertentangan dari segi nilai kemanusiaan. 

Katanya, ini kerana setiap individu bebas untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak dan mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan, lebih-lebih lagi kepada rakyat di Palestin yang sentiasa diperangi dan ditindas serta hak-hak mereka dirampas oleh pihak zionis. 

“Pihak kerajaan United Kingdom tidak seharusnya menyekat kebebasan tersebut dengan ugutan melaksanakan atau akan mengenakan hukuman penjara kepada sesiapa yang menyokong pergerakan tersebut.

“MHO dengan ini sekeras-kerasnya mengutuk dan membantah tindakan oleh Priti Patel tersebut kerana Hamas merupakan sebuah parti politik di Palestin dan tiada kaitan dengan keganasan. 

“Hamas merupakan satu barisan pembebasan nasional dengan matlamat membebaskan Palestin daripada penjajah Zionis. Hamas disokong kuat dan mempunyai populariti yang besar di kalangan rakyat Palestin serta di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Usul Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom itu juga disokong kuat oleh Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dan memberikan penghargaan kepada Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson di atas kepimpinan tersebut.

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, undang-undang antarabangsa dan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf kesahihan perjuangan anti-penjajahan rakyat yang hidup di bawah pemerintahan asing.

“Resolusi perhimpunan agung PBB 37/43 tahun 1982 ‘menegaskan semula legitimasi perjuangan rakyat untuk kemerdekaan dan pembebasan daripada penjajahan dan penguasaan asing dan pendudukan asing dengan segala cara yang ada, termasuk perjuangan bersenjata’. 

“Oleh yang demikian, penentangan Hamas terhadap penjajah Zionis serta pendudukan mereka adalah sah di sisi perundangan. Hamas bukan organisasi pengganas tetapi, sebaliknya, Israel itu adalah negara pengganas,” ujarnya. 

Selain itu, beliau berkata, Israel adalah sebuah negara Apartheid yang mana Israel bukanlah sebuah demokrasi yang mempunyai pendudukan sementara yang melekat padanya, ia adalah satu rejim antara sungai Jordan dan laut Mediterania. 

“Human Right Watch yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah membuat kesimpulan yang sama bahawa israel mengamalkan Apartheid. Laporan awal pada tahun 2017, yang ditugaskan oleh UN, Economic and Social Commission for Western Asia (ESCWA), menyimpulkan bahawa “berdasarkan siasatan ilmiah dan buktibukti yang sahih, israel adalah bersalah atas jenayah Apartheid”.

“Justeru, kerajaan United Kingdom melakukan kesilapan besar dengan menyerah kepada permintaan zionis dan melarang Hamas. 

“Ia bukan untuk kepentingan rakyat British. Rejim apartheid tidak boleh diterima, terutamanya masa sekarang apabila orang di seluruh dunia mendambakan kebebasan, hak asasi manusia dan keadilan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya