Mesyuarat UMNO Johor bermula, Hasni bakal menghadap Sultan Johor

Mesyuarat UMNO Johor bermula, Hasni bakal menghadap Sultan Johor

HASNI Mohamad mempengerusi Mesyuarat UMNO Negeri di Ibu Pejabat UMNO Negeri Johor, Johor Bahru, hari ini. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang tiba di Ibu Pejabat UMNO Johor membayangkan hari ini akan menjadi hari yang sibuk untuk beliau.

Hasni berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas beliau hadir ke pekarangan bangunan itu di Jalan Yahya Awal, di sini pada pukul 2 petang tadi.

“Hari ini akan jadi hari paling sibuk,” ujarnya ringkas yang memakai kemeja bercorak batik berwarna hijau.

Sementara itu, ketika disoal pemberita adakah beliau akan berkunjung ke istana untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, beliau hanya mengangguk kecil.

Mesyuarat UMNO negeri yang dikhabarkan akan membincangkan berkenaan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimulakan pada pukul 2.15 petang, sebentar tadi.

Mesyuarat yang dinanti-nantikan itu akan dipengerusikan Hasni dan turut melibatkan kesemua 26 Ketua UMNO Bahagian di Johor.

Antara yang dilihat telah hadir sebelum itu termasuklah Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Setiausaha UMNO Johor yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn.

Selain itu, turut kelihatan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Ketua UMNO Bahagian Labis, Azhar Ibrahim; Ketua UMNO Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed; Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua UMNO Bahagian Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Semua pihak khususnya pengundi di negeri ini kini sedang ternanti-nanti sidang akhbar yang bakal diadakan Hasni selepas tamat mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Khabar angin bahawa Johor bakal menyaksikan PRN diadakan semakin kedengaran khususnya selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Disember lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya