Mayat separuh bogel terapung di Sungai Melaka - Utusan Malaysia

Mayat separuh bogel terapung di Sungai Melaka

PEGAWAI perubatan mengesahkan mangsa yang dipercayai berbangsa India mati selepas dibawa naik pasukan bomba. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel ditemukan terapung di Sungai Melaka di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan orang awam kira-kira pukul 7.15 pagi.

Katanya, saksi yang terkejut kemudian menghubungi pihak polis dan bomba bagi memaklumkan kejadian tersebut.

“Satu mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Melaka dalam keadaan hanya memakai baju.

“Mayat dibawa naik oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 7.30 pagi oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Tambahnya, ketika dibawa naik ke kaki lima, mulut si mati juga didapati berbuih. 

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut pada fizikal bagaimanapun tidak menemukan sebarang kecederaan atau unsur jenayah.

“Saksi di sekitar kawasan kejadian tidak mengenali si mati, kita sedang berusaha mengesan waris, namun dipercayai si mati berbangsa India.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya