Mati terikat: Tiada kesan tusukan senjata pada mangsa - Utusan Malaysia

Mati terikat: Tiada kesan tusukan senjata pada mangsa

MAYAT mangsa dibawa ke HTJ bagi proses bedah siasat dalam kejadian di Kampung Chenaga, Repah, Tampin semalam. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Laporan awal bedah siasat membabitkan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan di sebuah rumah Kampung Chenaga, Repah, di sini, petang semalam mendapati tiada kesan tusukan senjata ke atas mangsa.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab bagaimanapun memaklumkan, siasatan lanjut terus dijalankan dan pihaknya sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Berhubung dengan motif kejadian pula, perkara itu masih lagi dalam siasatan dan polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat yang dijalankan ke atas mangsa terutama berhubung punca kematian,” katanya hari ini.

Semalam media melaporkan mayat seorang lelaki, Mohd. Mazlan Mahadi, 26, ditemukan dalam keadaan berikat di rumah sewanya dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang semalam.

Anuwal berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya mengesyaki terdapat unsur jenayah dalam kematian tersebut berdasarkan keadaan mayat yang ditemukan dalam keadaan terikat.

“Kita percaya suspek merupakan individu yang dikenali mangsa berikutan tiada kesan pecah masuk ke dalam rumah sewa berkenaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa di bawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban bagi proses bedah siasat,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya