Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,249 orang - Utusan Malaysia

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 1,249 orang

PENDUDUK di kawasan yang mudah dinaiki air semasa musim tengkujuh disaran supaya membuat persiapan awal dalam berdepan ancaman banjir. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa terjejas banjir di Sabah meningkat kepada 1,249 orang setakat pukul 5 petang , berbanding 717 orang pagi tadi.

Sehingga kini, 15 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah yang terjejas banjir.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah berkata, enam daerah yang terjejas ialah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

Di Kota Marudu, tujuh PPS dibuka iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Teritipan, Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek, Dewan ST Theresa, Bangunan Rukun Tetangga Salimandut, Dewan SM Advent Gihsen, SRA Damai, Dewan Longob yang menempatkan seramai 1,019 orang mangsa daripada 376 keluarga.

Seramai 61 mangsa daripada 17 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Nur Iman Sungai Memanjang, Sandakan; manakala, 52 mangsa daripada 13 keluarga dipindahkan di dua PPS di Paitan dan 38 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan di PPS Dewan Kampung Balaban Jaya, Beluran.

Sementara itu, 43 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Telupid; dan 36 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan SK Salimpodon.

Beliau berkata, beberapa kawasan turut terputus hubungan berikutan paras air semakin naik.

Pemindahan mangsa banjir dalam trend meningkat susulan hujan berterusan yang turun di beberapa kawasan di Sabah.

Kerja-kerja memindahkan mangsa banjir turut membabitkan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.