MAIPs diseru terus beri perkhidmatan terbaik - Utusan Malaysia

MAIPs diseru terus beri perkhidmatan terbaik

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL (kanan) berkenan merasmikan kedai ais kacang yang diusahakan Romli Desa, di Jalan Santan sempena program MAIPs Peduli bilangan ke-5 tahun 2022 di Kangar, Perlis pagi ini. Turut serta, Mohd. Nizam Mohd. Noor (dua dari kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Dalam mengharungi tahun 2022, seluruh warga Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) diseru terus memberi komitmen dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, hal demikian penting agar mampu memberi kepuasan kepada golongan sasaran serta kesemua pemegang taruhnya.

“Semua warga MAIPs beriltizam memastikan tahap kerja yang lebih aktif, kreatif dan proaktif dalam sebarang tindakan selain berusaha sedaya upaya menyediakan sebuah perkhidmatan yang lebih tepat, pantas, berkualiti dan pastinya memuaskan hati para pelanggan serta stakeholders,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai merasmikan kedai ais kacang yang diusahakan Romli Desa, di Jalan Santan sempena program MAIPs Peduli bilangan ke-5 bagi tahun 2022 di sini, hari ini. 

Romli ialah salah seorang usahawan yang menerima sumbangan projek peningkatan sosio-ekonomi asnaf daripada MAIPs berupa peralatan kedai makan bernilai RM3,060.

Turut mengiringi baginda pada program itu, Exco kerajaan negeri, Ruzaini Rais dan Setiausaha kedua Pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Ruthanne Soh Ying.

Terdahulu, Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan singgah menyantuni dan menyampaikan agihan zakat MAIPs di tiga buah rumah di kawasan berkenaan.

Mereka yang menerima sumbangan zakat itu ialah Derhaman Salleh; Zahari Muhamad dan Ahmad Sudin yang masing-masing menerima RM700 setiap seorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN