MAHB pastikan Lapangan Terbang Pangkor beroperasi semula - Utusan Malaysia

MAHB pastikan Lapangan Terbang Pangkor beroperasi semula

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) membuat persiapan bagi memastikan  Lapangan Terbang Pangkor, di Pulau Pangkor di sini, dapat beroperasi semula tahun ini.

Pengerusinya Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir  berkata, pihaknya melakukan sedikit penambahbaikan di lapangan terbang itu agar dapat bersedia sepenuhnya menerima kehadiran penumpang dan pelancong yang menggunakan perkhidmatan udara ke pulau peranginan bebas cukai tersebut.

“Di pihak MAHB kita sudah membuat persiapan dan memastikan keadaan Lapangan Terbang Pangkor sentiasa berada pada tahap yang boleh digunakan pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program High Profile Policing (HPP) dan kayuhan komuniti Ketua Polis Perak di Pulau Pangkor, di sini, hari ini. 

Menurut beliau, MAHB sudah melihat beberapa aspek untuk penambahbaikan seperti memperbaiki pagar serta perkara berkaitan fizikal lain yang boleh diperbaiki tetapi ia hanya pembaikan kecil dan tiada kerosakan besar di lapangan terbang itu.

“Jadi, daripada segi persiapan keseluruhan, kita sudah bersiap sedia, tidak ada masalah untuk menggunakan Lapangan Terbang Pangkor,” katanya Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor itu.

Beliau difahamkan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, Selangor ke pulau itu dijangka bermula bulan ini, namun ia bergantung kepada persediaan pihak swasta berkaitan untuk memulakan penerbangan pertamanya. 

“Berhubung tarikh penerbangan seperti mana yang sudah diumumkan sebelum ini iaitu pada Januari (bulan ini), (bagaimanapun)  kemungkinan ada kelewatan (penerbangan pertama) ia mungkin ada sebab teknikal di pihak mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.