LTdL 2022 berlangsung Jun ini- KBS - Utusan Malaysia

LTdL 2022 berlangsung Jun ini- KBS

LTdL 2022 bakal berlangsung pada Jun ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa penganjuran Le Tour de Langkawi 2022 (LTdL 2022) sah tunda pada bulan Jun 2022 berikutan kebimbangan akibat penularan wabak Covid-19 terutama kemunculan varian baharu omicron yang menyerang seluruh dunia.

Semalam, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyatakan kembimbangan penganjuran LTdL dan sikap ‘acuh tak acuh’ KBS ketika saingan tersebut sepatutnya berlangsung pada 3 Mac ini.

Ketua Pengarah KBS, Mohd. Azhari Mohammad berkata, pihaknya telah menerima permohonan rasmi daripada syarikat penganjur, Human Voyage Sdn. Bhd. untuk menunda kejohanan tersebut pada 18 hingga 26 Jun 2022.

“Antara sebab penangguhan tersebut ialah peningkatan kes Covid-19 yang mendadak dan membimbangkan melibatkan penularan varian omicron di seluruh dunia.

“Kedua ialah keperluan untuk menjalani kuarantin wajib terutamanya bagi individu dari negara yang disenaraikan berisiko varian omicron oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ketiga ialah penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan termasuklah melibatkan hak siaran agar tidak bertindih dengan kejohanan di eropah,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, KBS turut menjelaskan bahawa pihaknya akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2022 pada 27 Januari 2022 yang turut melibatkan PKBM.

“Bagi memastikan cadangan yang dikemukakan syarikat dibincangkan secara teliti dan komprehensif, KBS sudah menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2022.

“Mesyuarat ini akan turut melibatkan PKBM selaku badan induk kebangsaan serta pihak syarikat untuk bersama berbincang dan mencari titik persefahaman dengan mengambil kira kepentingan kejohanan dan penilaian risiko kesihatan awam.

“KBS ingin jelaskan yang penganjuran kejohanan LTdL 2022 adalah komitmen KBS selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara sukan antarabangsa dan di masa yang sama memberi keutamaan kepada kepentingan kesihatan awam,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya