Lelaki maut semasa mendaki Bukit Pancang - Utusan Malaysia

Lelaki maut semasa mendaki Bukit Pancang

MANGSA ditemukan pengsan dan meninggal dunia semasa mendaki di Bukit Pancang, Tawau semalam. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Seorang lelaki ditemukan pengsan dan disahkan meninggal dunia semasa melakukan aktiviti mendaki di Bukit Pancang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, mangsa, Shang Yun Fui, 43, dilaporkan pengsan semasa mendaki sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi membantu mengangkat mangsa pada pukul 2.50 petang dan sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 14 kilometer dari BBP.

Beliau berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi, pasukan bomba terpaksa mendaki sejauh tiga kilometer menuju ke lokasi mangsa ditemukan pengsan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

“Pasukan bomba membantu membawa turun mayat mangsa dengan menggunakan alat pengusung.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 11 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN