fbpx

Lelaki mahu terjun dari Sky Deck, Menara KL, dipercayai cubaan bunuh diri

MANGSA dikatakan cuba terjun melalui Sky Deck, Menara Kuala Lumpur. - IHSAN JBPM

PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, petang tadi.

Cubaan bunuh diri itu dikatakan yang pertama kali berlaku di menara tersebut.

Menurut jurucakap bomba, operasi menyelamat melibatkan mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an berjaya dilakukan.

“Bomba berjaya menangkap mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya dalam kenyataan di sini.

Pihak bomba menerima maklumat itu kira-kira pukul 5.11 petang.

Seramai 25 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di likasi, lelaki itu berdiri di hujung Sky Deck, Menara Kuala Lumpur, dipercayai cuba membunuh diri,” jelasnya.

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!