Lelaki dikhuatiri lemas, hilang semasa memukat - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas, hilang semasa memukat

PASUKAN bomba menggunakan khidmat anjing pengesan bagi mencari lelaki hilang di pantai berhampiran Kampung Lambidan, Kuala Penyu hari ini.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PENYU: Hasrat seorang lelaki keluar memukat ikan bertukar menjadi tragedi apabila dia dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas, di pantai berhampiran Kampung Lambidan, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi tadi, mangsa, Sharizan Sani, 39, dilaporkan hilang semasa sedang memukat ikan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Awang Mohd Sabree berkata, pihakya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 8.59 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari BBP Kuala Penyu.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, mereka dimaklumkan seorang lelaki hilang dan dikhuatiri lemas semasa sedang melakukan aktiviti memukat.

Kemudian pasukan bomba  mula menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Jelas beliau, anjing pengesan daripada unit K9 turut digerakkan bagi membantu mengesan mangsa hilang yang dikhuatiri lemas.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya