Lebih 300 rumah di Ipoh rosak akibat puting beliung - Utusan Malaysia

Lebih 300 rumah di Ipoh rosak akibat puting beliung

KEADAAN rumah yang rosak akibat ribut di Kampung Tawas, Ipoh petang semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Lebih 300 buah rumah di sekitar bandar Ipoh rosak akibat kejadian ribut dan puting beliung, petang semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6 hingga 6.30 petang itu juga menyebabkan pokok tumbang merintangi jalan dan menghempap kenderaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, antara lokasi yang terjejas ialah Kampung Tawas, Taman Tasik Damai, Taman Desa Seri Chepor dan Kampung Seri Klebang Tambahan Jaya.

Katanya, bencana itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa dan keadaan dilaporkan terkawal.

“Pihak bomba menerima banyak panggilan terutama berkaitan pokok tumbang yang menghalang jalan utama dan menghempap bahagian rumah penduduk.

“Berdasarkan tinjauan, lebih 300 buah rumah terjejas dengan beberapa agensi berada di lokasi kejadian untuk kerja-kerja penyelarasan bantuan, membersihkan lokasi dan laluan terhalang serta menyelamatkan mangsa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.