Lanjutkan tempoh penggunaan bas, van sekolah

Lanjutkan tempoh penggunaan bas, van sekolah

MOHD. HARON MOHD. SIDIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bukan mudah untuk membeli bas atau van sekolah baharu, justeru kerajaan digesa melanjutkan tempoh lima tahun bagi memastikan perniagaan mereka tidak gulung tikar.

Menurut aktivis masyarakat dan pengangkutan awam darat Malaysia, Mohd. Haron Mohd. Sidik, beliau turut merayu bantuan kewangan daripada kerajaan untuk memastikan pengusaha bas dapat membeli insuran perlindungan untuk kenderaan dan penumpang.

“Apa guna ada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) jika had usia kenderaan sentiasa dijadikan pertikaian oleh mereka yang duduk di atas kerusi empuk. Jika kenderaan itu tidak selamat, pihak PUSPAKOM boleh menasihati kami untuk memperbaikinya.

“Kami minta sesuatu kerana ada sebabnya. Apakah permintaan ini melampau, Industri Bas Sekolah Malaysia (BSM) telah lama wujud sebelum merdeka lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, perkhidmatan BSM ini lebih kepada kerjaya kebajikan, sebagai balasan, pelanggan akan membayar tambang mengikut kiraan bulanan.

Mengulas mengenai realiti bisnes BSM, tambang bas adalah mengikut kata sepakat di antara pengusaha dan pelanggan.

“Sejak tahun 2020, tambang bas sekolah ialah 12 bulan penuh, perlu dibayar dalam minggu pertama setiap bulan dan tiada sebarang pengecualian jika sekolah ditutup atau cuti serta tidak menaiki bas pada bulan tersebut. Kebiasaan di awal tahun, pelanggan perlu isi borang pendaftaran dan perlu setuju dengan semua terma-terma dan syarat-syarat bas sekolah yang ditetapkan.

“Tidak ada mana-mana pihak waima mana-mana menteri pun yang boleh mencampuri urusan  tambang ini kerana ianya persetujuan bersama, walau bagaimanapun pelanggan boleh berunding dengan pengusaha untuk mendapatkan diskaun dan sebagainya,” jelasnya.

Jelasnya Mohd. Haron lagi, kerjaya BSM ini jika dikawal selia dengan betul dan berdisiplin, mampu memberi pulangan yang baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN