Kluster mahkamah punca PRN Johor

Kluster mahkamah punca PRN Johor

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan atas usaha kluster mahkamah dan para pendokong yang mahu mengalih perhatian daripada kes sedang dihadapi mereka.

Malah Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, mereka dalam masa yang sama cuba memperkukuh kedudukan kluster itu sendiri.

Katanya, kluster tersebut dilihat semakin terdesak dan kini merangka strategi untuk lari daripada dipenjara dengan merobek pemisahan kuasa.

“Sekarang bukan waktu yang terbaik untuk mengadakan pilihan raya. Tetapi UMNO Johor kelihatan rakus bermain politik demi kuasa walaupun rakyat masih bergelumang dengan pandemik Covid-19 dan kesan bencana banjir.

“Untuk merobek pemisahan kuasa yang dibina semula bersungguh-sungguh oleh Tan Sri Muhyiddin, mereka mesti membolot kuasa dahulu,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu Wan Saiful berkata, Bersatu akan mengadakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) minggu ini untuk memuktamadkan strategi menghadapi PRN Johor.

Beliau dalam masa berkata, situasi politik Johor stabil dan tiada sebab untuk diadakan pilihan raya melainkan nafsu beberapa orang dalam UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya