Kerusi pengurus Harimau Malaya sudah kosong - Utusan Malaysia

Kerusi pengurus Harimau Malaya sudah kosong

YUSOFF MAHADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi akhirnya mengambil tanggungjawab susulan kegagalan skuad kebangsaan mencapai sasaran dalam kejohanan Piala AFF 2020, dua bulan lalu di Singapura dengan melepaskan jawatannya selaku pengurus pasukan Harimau Malaya.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa keputusan ini diambil dengan mengambil kira Yusoff mahu memberi fokus terhadap jawatannya selaku Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL) dan Timbalan Presiden FAM.

“Beliau (Yussof) telah berjumpa dengan saya dan menyatakan hasrat ingin meletakkan jawatan atas alasan ingin memberikan tumpuan penuh terhadap tugasnya selaku Pengerusi AFL dan Timbalan Presiden FAM.

“Jadi untuk ketika ini jawatan itu kosong dan saya akan tunggu dari Pengarah Teknikal untuk sediakan kertas cadangan, mungkin sebulan dua lagi,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal pertama 2021-2025, hari ini.

Yusoff sebelum ini, terus diberikan kepercayaan menjadi pengurus pasukan Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu bagi penggal 2021-2025 yang dipengerusikan Hamidin pada Mac 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya