KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan di negeri ini sebagai salah satu strategi meningkatkan kembali ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkara itu merupakan salah satu fokus pembangunan Kelantan sepanjang 2022, selain isu menangani masalah sosial serta meningkatkan taraf kebersihan di seluruh negeri.
Kata beliau, antara platform bagi menjayakan agenda tersebut ialah Bandar Perabot di Gua Musang, Ladang Solar di Danau Tok Uban, Pasir Mas, dan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) di Machang.
“Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan RM285,000 bagi membiayai Program Peningkatan Daya Saing dan Inovasi Usahawan Kelantan dengan kerjasama SIRIM Berhad.
“Kita turut meluluskan RM100,000 melalui Majlis Pembangunan Usahawan Kelantan (MPUK) untuk membiayai Misi Support Usahawan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Ahmad dalam pada itu menambah, isu kebersihan di lokasi-lokasi awam di seluruh negeri juga akan diberi keutamaan sepanjang tahun ini.
Kata beliau, kerajaan negeri amat berbangga dengan apabila Pasar Siti Khadijah menjadi Johan Pasar Awam Terbersih sempena Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Kebangsaan 2021, baru baru ini. – UTUSAN ONLINE










