Kadar bayaran pengambilan pembantu rumah asing kali pertama RM1,136

Kadar bayaran pengambilan pembantu rumah asing kali pertama RM1,136

KHAIRUL DZAIMEE DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar bayaran yang dikenakan kerajaan kepada majikan untuk pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) bagi kali pertama hanya RM1,136 sekali gus menafikan laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris. 

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, penjelasan kadar bayaran ini bagi menjawab isu kos pengambilan PRA yang didakwa terlalu tinggi seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

“Kadar bayaran yang dikenakan kerajaan melalui JIM bagi pengambilan PRA kali pertama adalah rendah iaitu sebanyak RM1136 yang merangkumi kadar bayaran levi, visa mengikut negara, fi proses, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran lain yang berkaitan.

“Majikan juga bebas memilih pembantu rumah asing dari negara Filipina, Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Laos kerana negara sumber yang dibenarkan bagi sektor PRA adalah tidak terhad kepada beberapa negara sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Khairul Dzaimee berkata, setiap pengambilan PRA perlulah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema) apabila tiba di negara ini. 

“Sehingga 31 Disember lalu, seramai 88,173 PRA yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Majikan juga boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai prosedur permohonan PRA serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan melayari portal rasmi Jabatan www.imi.gov.my atau media sosial rasmi JIM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN