Jika PH kalah bukan sebab logo, tetapi SOP kempen

Jika PH kalah bukan sebab logo, tetapi SOP kempen

MOHAMAD Sabu (tengah) selepas Ceramah Isu Semasa - Kerajaan Lemah Tiada Integriti di Kuala Terengganu malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan kononnya parti itu bakal tersungkur dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor susulan penggunaan logo sendiri oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, jika ditakdirkan blok pembangkang tewas, maka punca utama kekalahan itu adalah disebabkan oleh prosedur operasi standard (SOP) kempen dan bukan kerana faktor logo.

Katanya, pengalaman dalam PRN Melaka jelas membuktikan yang sekatan mengadakan aktiviti seperti ceramah dan kempen bersemuka membawa mudarat besar kepada PH.

“Semasa Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013, pembangkang bertanding menggunakan logo parti masing-masing dan kita menang besar pada waktu itu dengan menguasai lima negeri. 

“Soal kalah-menang PH adalah kerana kempen. Kalau tidak boleh berkempen, baik tidak payah buat pilihan raya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Ceramah Isu Semasa – Kerajaan Lemah Tiada Integriti di sini, malam tadi.

Rabu lalu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PKR bakal menggunakan logo sendiri dalam PRN Johor manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo PH. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.