Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki tuntut 3 perkara - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki tuntut 3 perkara

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Bertindak Tangkap Azam Baki akan mengadakan demonstrasi di jalan raya pada 22 Januari ini untuk menuntut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta.

Jawatan kuasa itu turut menuntut supaya proses undang-undang ke atas Azam bermula segera dan SPRM dirombak serta  diletakkan di bawah Parlimen.

“Jawatankuasa Bertindak Azam Baki akan turun ke jalan raya untuk berhimpun secara aman bagi menyatakan tuntutan rakyat supaya ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat dan negara.

“Rakyat sekian lama dibiarkan tanpa penjelasan yang memuaskan daripada kerajaan dan pihak berkuasa. Malah mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang sepatutnya bersidang 19 Januari ini bagi menyiasat Azam juga telah ditangguh.

“Maka, apakah jalan lain bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan dan memastikan mereka yang diberikan amanah menjalankannya dengan bebas dan adil?” kata jawatan kuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.

Demonstrasi aman itu dijadual diadakan pada pukul 11 pagi di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Bertindak Azam Baki turut mengajak rakyat Malaysia mengibarkan bendera hitam dan gunakan tanda pagar #TangkapAzamBaki serta #RombakSPRM pada setiap posting media sosial.

Terdahulu, Azam menggunakan alasan telah memfailkan saman fitnah untuk mengelakkan diri hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mesyuarat itu bertujuan menyiasatnya yang dikaitkan dengan kes pembelian saham dalam jumlah yang besar ketika masih bertugas sebagai pegawai kanan SPRM. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya