PETALING JAYA: ‘Elakkan berkongsi peralatan peribadi’.
Demikian amaran dikeluarkan Public Health Malaysia (PHM) mengenai amalan yang ramai dalam kalangan kita seakan-akan ambil muda perkara itu.
“Anda berkongsi peralatan peribadi dengan orang lain? Berus gigi? Pencukur?
“Ketahuilah, barang barang keperluan peribadi tidak boleh dikongsi. Hentikan perkongsian ini walaupun dengan adik anda. Anda tidak tahu status kesihatan seseorang. Pencegahan itu lebih baik daripada berubat,” nasihat PHM.