Isu moral pegawai Jabatan Kehakiman Syariah: Hentikan kenyataan ganggu siasatan - Utusan Malaysia

Isu moral pegawai Jabatan Kehakiman Syariah: Hentikan kenyataan ganggu siasatan

IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan sepenuhnya tuduhan isu moral melibatkan pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, pihaknya sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa polis dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Semua pihak diminta akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci. Ia akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terkait dalam isu ini.

“Sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan perlulah dihentikan,” tegasnya dalam kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN