Isu LCS: Malaysia minta bantuan Perancis - Utusan Malaysia

Isu LCS: Malaysia minta bantuan Perancis

SEORANG warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berswafoto bersama  Hishammuddin Tun Hussein semasa Amanat Menteri Kanan Pertahanan 2022 di Wisma Perwira hari ini. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan meminta bantuan Perancis bagi menyelesaikan isu pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) yang masih tergendala sehingga kini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama rakan sejawatnya dari Perancis, Florence Parly semasa lawatannya ke negara ini minggu depan.

“Banyak aset kita dari Perancis dan kehadiran beliau dapat wujudkan kerjasama serta bantu kita fikirkan penyelesaian pembinaan kapal LCS,” katanya dalam sidang akbar di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, pembinaan kapal LCS yang masih tergendala itu akan dibuat dan disiapkan di negara ini selepas mendapat kerjasama dari negara tersebut.

“Kita akan buat (kapal) di sini dan ia bergantung kepada sokongan Perancis. Kita juga tidak akan deactivate sampai kita dapat keputusan Kabinet dan apa yang akan dibincangkan selepas menghadap Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),” ujarnya.

Berdasarkan laporan kementerian itu, sehingga 31 Oktober lepas, kemajuan kerja bagi LCS adalah sebanyak 57.05 peratus berbanding jadual perancangan kerja asal iaitu sebanyak 96.57 peratus.

Secara keseluruhannya, perolehan itu mengalami kelewatan sebanyak 39.52 peratus atau bersamaan dengan 43 bulan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya