PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menganjurkan konvoi protes ‘Selamatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)’ di Putrajaya, Isnin ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya, konvoi itu diadakan bagi menzahirkan usaha menyelamatkan institusi SPRM.
“Integriti SPRM wajib dipertahan, namun pendirian Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) semalam adalah mendukacitakan dan seolah-olah tiada kesungguhan untuk mengatasi krisis SPRM.
“Bagi menzahirkan usaha menyelamatkan institusi SPRM, AMK akan berkonvoi ke Putrajaya esok di Dataran Putrajaya, pukul 10 pagi pada Isnin, 10 Januari,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE










