Isi borang balik kampung cegah jenayah musim raya - Utusan Malaysia

Isi borang balik kampung cegah jenayah musim raya

BAHARUDIN Mat Taib memakaikan topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal selepas merasmikan Op Selamat itu di Plaza Tol Kemuning Lebuhraya KESAS di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengingatkan warga bandar raya ini supaya mengisi borang maklumat balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah terutama kes pecah rumah sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menjangkakan penduduk mula membanjiri laluan trafik bermula esok untuk bercuti sempena perayaan itu.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan mengisi borang maklumat balik kampung bagi memaklumkan lokasi dan jumlah hari ketiadaan mereka di rumah.Perkara itu perlu bagi memudahkan lagi anggota polis menjalankan pemantauan rondaan cegah jenayah secara menyeluruh di kawasan berkenaan,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 17 peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Plaza Tol Kemuning Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di sini, hari ini.

Jelas Baharudin, borang itu boleh diperoleh di mana-mana balai polis atau dimuat turun menerusi portal rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain itu, pemakluman boleh dibuat penduduk menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” katanya.

 Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 259 anggota termasuk pegawai digerakkan sepanjang Op Selamat yang berakhir pada 6 Februari ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya