'Harap Khairudin tenang dan akur dengan pemecatan'  - Utusan Malaysia

‘Harap Khairudin tenang dan akur dengan pemecatan’ 

NASRUDIN Hassan (dua kanan) ketika gimik penyerahan Kad Laporan Bulan Dakwah 2.0 pada Majlis Penutup Bulan Dakwah 2021 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Saya menasihatkan beliau (Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali) supaya terima, akur dan tenang dengan pemecatan itu,” kata Pengerusi Lajnah Dakwah Pas, Nasrudin Hassan.

Nasrudin yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkata, beliau melihat Khairudin sudah boleh menerima pemecatan itu dan tidak timbul masalah berbangkit mengenai perkara itu.

Menurutnya, beliau juga tidak boleh mendedahkan apa yang berlaku di sebalik pemecatan itu kerana tiada kuasa dan menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti.

“Walaupun tidak lagi sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khairuddin masih lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Syura.

“Justeru, di situ sudah banyak perkara beliau boleh buat untuk Islam dan perjuangan Islam.

“Kerja-kerja Islam ini bukan semestinya kena ada jawatan kerana tanpa jawatan pun kita boleh laksanakan amal Islam dengan terbaik,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup Bulan Dakwah 2021, di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan, Khairuddin dipecat sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Menurut Abdul Hadi, pengguguran mana-mana pemimpin adalah perkara biasa dalam parti itu, termasuk diberhenti atau ditukarkan.

Bagaimanapun, sehingga kini, Abdul Hadi atau mana-mana pimpinan Pas lain masih mengunci mulut berhubung punca sebenar pemecatan Khairuddin daripada jawatan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN