Hanya 39 daripada 5,522 kes positif Covid-19 kategori 3 ke atas - Utusan Malaysia

Hanya 39 daripada 5,522 kes positif Covid-19 kategori 3 ke atas

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hanya 39 kes bersamaan 0.7 peratus daripada 5,522 kes positif Covid-19 hari ini, adalah kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,483 kes bersamaan 99.3 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Katanya, sebanyak 5,522 kes positif menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam, 5,439 kes sekali gus mengatasi 3,285 kes sembuh.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 70 kes dan kekal seperti rekod semalam iaitu 70 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan peningkatan, 127 kes berbanding semalam, 124 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 23 kluster baharu berbanding semalam, 22 kluster menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,394 kluster. 

“Sebanyak 289 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan  peningkatan berbanding semalam, 274 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,105 kluster berbanding semalam, 6,097 kluster,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu 10 kes berbanding semalam, 12 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), tiga kes daripada 10 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,437 kes. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya