Hakim kanan nafi terlibat gangguan seksual, bakal saman Lokman Adam - Utusan Malaysia

Hakim kanan nafi terlibat gangguan seksual, bakal saman Lokman Adam

LOKMAN NOOR ADAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Hakim Syarie yang dikatakan terlibat dalam gangguan seksual terhadap wanita pada Ogos lalu hari ini mendakwa terdapat konspirasi oleh beberapa individu dalam Jabatan Kehakiman Syariah untuk menjatuhkannya.

Malah, hari ini Datuk Mohd. Na’im Mokhtar membuat laporan polis terhadap satu video dimuat naik Datuk Lokman Noor Adam dalam laman sosial miliknya.

Beliau turut menafikan dakwaan wanita itu selain menggesa pihak polis menyiasat wanita yang didakwa membuat laporan polis palsu dipercayai didalangi beberapa individu yang mahukan jawatannya.

Dakwanya, hal tersebut bukan cubaan kali pertama untuk menjatuhkannya malah sebelum ini individu yang sama cuba mengaitkannya dengan seorang wanita lain tetapi gagal.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada polis dalam siasatan mereka, dan menyerahkan nama individu yang masih berkhidmat di jabatan di bawah arahan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, tuduhan Lokman terhadapnya adalah berniat jahat malah mencemarkan imej dan integritinya.

“Sepatutnya Lokman mendapatkan cerita daripada kedua-dua pihak dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Malangnya, dia membuat tindakan melulu dengan membuat dakwaan serius terhadap saya sedangkan semua yang dia katakan itu adalah tidak benar,” jelas beliau.

Sementara itu, peguam Mohd. Na’im, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan, pihaknya akan menghantar surat tuntutan kepada Lokman esok.

“Anak guam saya akan saman Lokman Adam kerana memfitnah.

Surat saman akan dikeluarkan kepada Lokman oleh firma guaman saya esok,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN