GV8: Juara dan perjalanannya... - Utusan Malaysia

GV8: Juara dan perjalanannya…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bakal menutup tirainya malam ini, Poklip fikir mesti ramai yang sudah punya ramalan sendiri siapa yang bakal dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza (GV) musim kelapan. Saban minggu menyaksikan persembahan mereka, pasti beberapa nama berlari-lari di fikiran.

Pada firasat Poklip sendiri, ada dua nama yang bersaing sengit untuk meraih kejuaraan itu. Sama ada Suki atau Nikki. Yang lain? Bukan tidak boleh, tetapi persembahan mereka perlu lebih wow!

Contohnya Alif Aziz. Di awal program, dia mengungguli tempat pertama. Namun minggu demi minggu, mungkin kerana lagunya didakwa kurang mencabar, persembahannya jadi biasa-biasa. Tiada yang mencabar.

Poklip juga hairan, mengapa begitu? Bukankah pentas GV seharusnya memberi cabaran kepada peserta. Lihat sahaja Ani Maiyuni yang menukar 360 darjah genrenya. Daripada dangdut ke pop.

Malah, Suki juga bermain dengan pelbagai genre. Tetap juga mampu membuktikan, ‘kehilangannya’ dalam industri tidak bererti dia sudah tewas. Tetapi itu Suki. Tidak boleh dibanding-banding.

Poklip tahu, Aliff juga sudah mencuba sehabis baik. Dia juga merasa tekanan dan cabaran. Tipu kalau dia cakap ‘ ah kacang sahaja ini’. Itu mustahil, kerana GV adalah satu pentas pertandingan.

Pencabar lain? Aweera. Poklip sejujurnya meletakkan harapan tinggi kepada penyanyi bersuara emas ini. Dia punya vokal, ya ampun tembakannya tepat! Poklip juga berpeluang menyaksikan persembahan raptainya.

Benar kata Datuk Ramli MS. Jika dia menyanyikan sesebuah lagu sebaik atau lebih baik daripada persembahan raptainya, semua peserta ‘kena makan’. Tetapi bila cakap tentang stage fright dan gemuruh, siapa boleh meramal kan.

Ramai juga yang meramal Adibah Noor mampu cipta kejutan. Dia punya idea dan identiti sendiri. Suara dan vokal, usah dipertikai. Cuma mungkin, jangan terlalu bereksperimentasi. Seadanya dan secukupnya.

Azan Scan pula, Poklip lihat dia seperti jelmaan Aliff dalam genre rock. Selesa sendiri. Tidak ada yang mencabar diri. Kekuatannya suara dan vokal. Namun, jangan dikejutkan buaya yang sedang tidur. Mungkin.

JUARA YANG KECUNDANG

Siapa pun juara, itu hanya satu permulaan. Membuktikan kehadiran mereka dalam GV adalah sesuatu yang berbaloi. Bukan sekadar untuk menang, tetapi meneruskan perjalanan. Menghapus rindu peminat.

Mahu tidak mahu, kita perlu mengakui GV adalah pentas terbaik untuk artis-artis yang dahulunya cukup dikenali untuk kembali mencuba nasib. Mereka sudah terbukti kehebatan, tidak perlu diperkotak katik.

Cuma bila cakap soal rezeki, tiada siapa yang mampu meneka. Percaturan, strategi dan pemilihan lagu serta pengurusan juga sangat penting. Ramai sahaja juara yang ‘kecundang’. Betul kan?

Sudah lapan musim, berapa kerat sahaja artis yang berjaya kembali bernafas kencang dalam industri? Bukan cakap tidak ada, tetapi ramai itu tidak. Ada yang mungkin menghembuskan nafas sesalan.

Tetapi nak menyesal pun tak boleh, bukan nyanyi percuma. Ini bukan salah program, bukan salah sesiapa. Cuma mungkin rezeki tidak berpihak. Urusan itu, kita serah pada Tuhan.

Untuk musim kelapan ini, Poklip suka menonton kolaborasi juri Hetty Koes Endang dan Syafinaz Selamat. Harap dikekalkan untuk musim-musim akan datang. Tetapi dengar cerita, Bonda Hetty dah sign kontrak?

Apa pun, Poklip doakan yang terbaik untuk semua peserta. Menyanyilah dari hati. Seikhlasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.