PETALING JAYA: Komen penyanyi dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli terhadap satu status sebuah portal berita mengenai perjalanan tajaan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) mengundang ‘ribut taufan’ dalam Instagram.
Ini selepas usahawan selebriti popular, Datuk Seri Vida membalas komen tersebut dengan kenyataan yang boleh dilabel sebagai ‘naik hantu’.
Malah, Datuk Seri Vida mengecam kenyataan Ahmad Iqbal dan mahu usahawan yang kini menetap di Indonesia itu ‘sedar diri’.
Bagaimanapun, Ahmad Iqbal membalas kenyataan itu dengan menulis: “Eh kenapa tiba-tiba terasa? Saya langsung tak mention (sebut) nama pun dan langsung tak tuju ke situ”.
Beliau dalam komen panjang lebar turut menulis: “Allahuakbar. Ujian lagi buat saya”.
Terdahulu dalam ruangan komen terhadap status portal berita itu, Ahmad Iqbal memberitahu, beliau bersetuju dengan penaja ketika ini yang sangat bagus mengendalikan program.