Gangguan perkhidmatan Maybank kembali pulih - Utusan Malaysia

Gangguan perkhidmatan Maybank kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gangguan perkhidmatan sistem perbankan Maybank kembali normal sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan Facebook Maybank dalam satu hantaran hari ini.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan anda,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, semua perkhidmatan perbankan Maybank seperti perkhidmatan web dan perbankan mudah alih Maybank2u, ATM dan Terminal Layan Diri (SST), perbankan cawangan dan penggunaan kad debit berdepan gangguan.

Gangguan itu menimbulkan rungutan para pelanggan Maybank apabila berhadapan kesukaran untuk membuat pembayaran ketika gangguan itu berlaku.

Ruangan Facebook dipenuhi maklum balas dan rungutan orang ramai yang menghadapi situasi itu. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN