Duit kerajaan, bukan duit bank - Noh - Utusan Malaysia

Duit kerajaan, bukan duit bank – Noh

NOH Omar meninjau operasi sebuah syarikat memproses perut lembu import di Parit 1, Tanjong Karang, di Kuala Selangor, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: “Ini duit kerajaan, bukan duit bank.”

Demikian tegas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar yang mahu institusi kewangan mempermudah permohonan pembiayaan pinjaman kepada usahawan luar bandar.

Menurut beliau, kementeriannya semalam menyediakan peruntukkan skim pembiayaan berjumlah RM62 juta yang diuruskan oleh Bank Rakyat dan SME Bank. 

“Pinjaman itu dibuka khas kepada semua usahawan luar bandar termasuk mereka yang disenarai hitam oleh CTOS dan Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS). 

“Justeru, saya meminta Bank Rakyat dan SME Bank mempermudahkan urusan permohonan pembiayaan sehingga RM50,000 itu tanpa sebarang cagaran atau syarat tambahan,” katanya selepas meninjau operasi sebuah syarikat memproses perut lembu import di Parit 1 di sini, petang tadi.

  Jelas Noh, pihaknya memahami masalah dihadapi usahawan luar bandar terutama  yang terjejas banjir dan Covid-19 ketika ini.

  “Saya ingin menegaskan bahawa pembiayaan RM40 juta bagi Bank Rakyat dan RM22 juta (SME Bank) itu adalah dana kerajaan dan bukannya pihak bank. Kita mahu semua proses itu dipermudahkan bagi memberi peluang kepada usahawan memulihkan kembali perniagaan mereka,” ujarnya.

  Tegas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu, pemohon yang berdepan kesulitan untuk membuat pinjaman itu boleh membuat aduan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk tindakan lanjut.

  “Namun, mereka masih perlu memenuhi syarat sedia ada yang ditetapkan oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Malaysia (Tekun Nasional). Sebagai contoh, kita mengutamakan usahawan muda dan mereka yang benar-benar serius mahu menjalankan perniagaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya