Doktor kontrak akan terus desak kerajaan - Utusan Malaysia

Doktor kontrak akan terus desak kerajaan

PEGAWAI perubatan yang dilantik secara kontrak sebelum ini mendesak kerajaan memberi jaminan pekerjaan dan prospek kerjaya yang lebih baik kepada mereka. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Doktor-doktor lantikan kontrak akan terus mendesak kerajaan supaya pelantikan tetap mereka bersekali dengan caruman wajib dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Bagi memenuhi hasrat itu, doktor kontrak mahu kerajaan mengutamakan pindaan dalam Akta Pencen 1980 yang memberi pilihan kepada penjawat awam mengambil skim berpencen atau mencarum di dalam KWSP.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr. Muhammad Yassin berkata, kewajaran wajib mencarum kerana kerajaan akan menanggung kos kewangan sangat besar merujuk pertambahan saiz perkhidmatan awam dan jangka hayat rakyat negara ini.

Sedangkan katanya, jika semua penjawat awam diberi pilihan tunggal iaitu mencarum dalam KWSP, kerajaan tidak lagi dibebani kos terlalu tinggi sekali gus meningkatkan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan.

“Skim pencen masih bermanfaat, tetapi saya melihat ada peluang lebih baik dalam KWSP kerana majikan dan pekerja saling mencarum. Pencen pula menambah beban kewangan kerajaan.

“Caruman hanya perlu beri peruntukan caruman sehingga doktor mencapai umur wajib bersara, kalau pencen pula sampai meninggal dunia kena beri wang pencen, lepas itu kalau meninggal isteri pula boleh dapat pencen.

“Saya menafikan tuntutan kami sangat melampau dengan diberi betis mahu paha, kerana negara memang perlukan doktor. Untuk menghalang mereka keluar dari kementerian dan berhijrah, kerajaan kenalah tawarkan sesuatu lebih terjamin,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam keadaan biasa bagi sistem persaraan dalam lingkungan usia 55 hingga 60 tahun di negara ini, penjawat awam yang disahkan jawatan serta menempuhi tiga tahun tempoh percubaan sejak dilantik secara tetap akan diberi opsyen sama ada memilih skim KWSP atau skim pencen sektor awam.

Bagaimanapun, pada Julai tahun lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan meminda Akta Pencen 1980 yang dikhuatiri memberi kesan dan mengurangkan manfaat bakal diterima penjawat awam.

Pada Ahad lalu, Hartal Doktor Kontrak memaklumkan, mereka layak mendapatkan tajaan biasiswa menerusi HLP bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian dalam peringkat kepakaran.

Kerajaan pada awalnya meluluskan kemudahan cuti tugas khas perubatan, cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada doktor kontrak dengan syarat selepas menamatkan khidmat wajib. Dalam tempoh bercuti itu, pegawai layak dibayar separuh gaji iaitu selama enam bulan bagi cuti Tibi dan 12 bulan bagi cuti Kusta dan Barah.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ketika dihubungi semalam berkata, perkara tersebut (akta pencen) sudah dibincangkan di Parlimen dan peringkat kerajaan manakala keputusan secara keseluruhan diumumkan tidak lama lagi.

“Pengumuman keseluruhan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya