Cuti am tambahan berbayar sektor swasta di Wilayah Persekutuan - Utusan Malaysia

Cuti am tambahan berbayar sektor swasta di Wilayah Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua majikan swasta yang berada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hendaklah memberikan satu hari tambahan kelepasan am berbayar kepada pekerja pada 3 Februari ini.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan, perayaan Tahun Baharu Cina yang jatuh pada 1 dan 2 Februari juga merupakan Hari Wilayah Persekutuan.

“Memandangkan kedua-dua hari pelepasan ini bertindih pada 1 Februari, tambahan satu hari lagi hendaklah diberikan kepada pekerja sebagaimana diperuntukkan di dalam proviso Seksyen 60D (1) (b) (ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265),” katanya hari ini.

Bagaimanapun jelas kenyataan itu, sekiranya majikan tidak menyenaraikan Tahun Baharu Cina sebagai hari pelepasan am yang diambil, pekerja perlu diberikan pelepasan am berbayar bagi Hari Wilayah sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya