Curi tabung surau: Polis buru lelaki naik Proton Saga kelabu - Utusan Malaysia

Curi tabung surau: Polis buru lelaki naik Proton Saga kelabu

SUSPEK yang sedang diburu kerana mencuri duit tabung sebuah surau di Taman Puteri, Kluang di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian curi duit tabung di sebuah surau di Taman Puteri di sini pada 15 Januari  lalu, tampil ke menyalurkan maklumat.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, suspek iaitu seorang lelaki menggunakan Proton Saga berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran yang tidak pasti.

“Kira-kira 9.30 pagi Selasa lalu semasa pengadu pergi ke surau di Taman Puteri, Kluang bersama beberapa Jemaah yang Iain telah membuat semakan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Semakan mendapati Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 9.30 pagi 15 Januari lalu dan suspek menggunakan kenderaan jenis Proton Saga berwarna kelabu namun nombor pendaftarannya tidak pasti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan sebarang kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya di mana-mana balai polis yang berhampiran atau menghubungi IPD Kluang melalui talian di bawah 077784222,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN