'Covid-19 tak ancam mereka yang protes di jalan raya ke?' - Najib soal Kit Siang - Utusan Malaysia

‘Covid-19 tak ancam mereka yang protes di jalan raya ke?’ – Najib soal Kit Siang

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Status Penasihat DAP, Lim Kit Siang di Facebook yang mendakwa tindakan ‘kluster mahkamah’ UMNO ‘memaksa’ diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai tidak bertanggungjawab mendapat jawapan balas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kit Siang turut menegaskan, perkara itu dilakukan tanpa mengambil kira bahawa negeri itu mencatatkan jumlah kes dan kematian Covid-19 tertinggi di Malaysia sejak dua minggu lepas.

Najib yang memberikan maklum balas di ruangan komen menulis: “Happy CNY (Tahun Baharu Cina) uncle (Kit Siang), want to ask (nak bertanya), Covid-19 serang pengundi PRN saja tapi langsung tak ancam mereka yang protes di jalan raya ke?”

Komen Najib itu mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.