fbpx

22 Januari 2022, 2:06 am

Covid-19: Legoland tutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) memaklumkan penutupan sementara taman airnya sejak 12 Januari hingga 21 Januari ini.

Legoland dalam satu kenyataan memberitahu, penutupan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga ekoran beberapa kakitangannya disahkan positif Covid-19 semasa pemeriksaan rutin yang dijalankan.

“Keputusan proaktif ini diambil bagi memastikan kesihatan dan keselamatan tetamu dan kakitangan selain mengekalkan tahap perkhidmatan hospitaliti dan pengalaman tetamu yang tertinggi.

 “Pada masa ini, Taman Tema Legoland, Sea Life dan Hotel Legoland akan kekal dibuka dengan semua langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI