Bubar DUN: Analisis sentimen harian penuhi aspirasi rakyat Johor

Bubar DUN: Analisis sentimen harian penuhi aspirasi rakyat Johor

ANNUAR Musa berucap ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat di Hotel Thistle, Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan kerajaan negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah selari dengan aspirasi rakyat negeri Johor.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, hal itu dapat dilihat melalui kajian dan analisis sentimen yang dilakukan kerajaan menerusi pelbagai platform dalam talian.

Katanya, sehubungan itu beliau berharap rakyat Johor akan menunaikan tanggungjawab mereka dengan memilih kerajaan negeri baharu dalam PRN Johor kelak.

“Sebenarnya kita sekarang dah guna teknologi, berdasarkan analisis sentimen harian yang kita buat memang rakyat mahu kerajaan berbuat sesuatu yang selari dengan kehendak dan aspirasi mereka.

“Di Johor, apa yang Menteri Besar lakukan selari dengan aspirasi rakyat, jadi saya harap mereka akan sempurnakan hak dalam proses pilihan raya dan beri mandat baharu kepada kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Hotel Thistle, malam tadi.

Tambah Annuar, walaupun tidak boleh mendedahkan kaedah analisis sentimen yang dijalankan namun perkara itu bukan rahsia di mana kementeriannya sentiasa menjalankan pemantauan dalam pelbagai platform media sosial.

“Saya tidak boleh beritahu dengan teliti tetapi ini bukan rahsia, ada kaedah untuk kita baca sentimen dan walaupun netizen kata macam-macam terhadap kerajaan, kita tetap perlu ambil pandangan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh turut yakin dengan kepimpinan Hasni untuk kembali menerajui kerajaan Johor dengan mandat baharu daripada rakyat.

“Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, Johor adalah sebuah negeri yang kita tidak boleh nafikan pertumbuhan ekonomi dan limpahan manfaat termasuklah peluang pekerjaan.

‘Track record’ ditunjukkan Hasni dalam memimpin kerajaan negeri telah terbukti sehingga diterima baik bukan sahaja oleh Istana Johor, tetapi rakyat Johor.

“Jadi saya berharap beliau akan kembali memimpin kerajaan negeri dengan mandat yang lebih besar daripada rakyat dalam PRN akan datang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN