'Buat persiapan awal hadapi bencana banjir' - Tunku Ismail - Utusan Malaysia

‘Buat persiapan awal hadapi bencana banjir’ – Tunku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Southern Volunteers agar membuat persiapan awal untuk menghadapi bencana banjir.

Titah baginda, ini termasuk membantu agensi-agensi kerajaan memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan membantu dalam pengurusan PPS dari segi pengagihan berangan keperluan.

“Southern Volunteers kini sudah memulakan operasi pembersihan pasca banjir di semua daerah yang terkesan oleh bencana banjir ini.

“Syabas dan tahniah saya ingin ucapkan kepada Southern Volunteers untuk usaha bantuan mereka setakat ini dan teruskan usaha baik anda untuk membantu rakyat di saat yang mencabarkan.

“Inilah semangat sukarelawan yang saya ingin memupuk dalam kalangan belia Johor dan terbuktinya ia membawa manfaat bukan sahaja kepada belia, malah kepada rakyat semua,” titah baginda.

Baginda dalam pada itu berangkat ke Bilik Gerakan Southern Volunteers di Sekretariat Sukma Johor di Nusajaya Centre.

Lawatan itu bersempena dengan pengaktifan Skuad Pasca Banjir Southern Volunteers, di mana pasukan itu akan dikerahkan ke tempat kejadian banjir untuk membantu mangsa banjir dalam usaha pembersihan rumah-rumah mereka.

Tunku Ismail bertitah, sejak akhir Disember lalu lagi Southern Volunteers telah digerakkan untuk membantu dalam operasi pasca banjir di Selangor dan Pahang.

“Selain daripada kerja-kerja pembersihan, mereka turut menghulurkan bantuan sumbangan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir,” titah baginda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN