Banjir: Polis cadang letak lima bot di setiap IPD - Utusan Malaysia

Banjir: Polis cadang letak lima bot di setiap IPD

HAZANI GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima bot akan ditempatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di setiap 157 Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara bagi bertindak sebagai pasukan tindak pantas sekiranya berlakunya banjir.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara itu baru di peringkat cadangan untuk dibentangkan kepada pihak kerajaan.

Kata beliau, cadangan itu dibuat susulan keperluan yang dilihat KDNKA susulan kejadian banjir yang melanda di beberapa negeri pada 18 Disember lalu.

“Insya-Allah, kita akan panjangkan cadangan ini kepada pihak kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, Hazani berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada semua Pusat Kawalan Kontinjen (CCC), sebanyak 13,322 individu terlibat dalam kejadian banjir di tujuh negeri.

Jelas beliau, susulan daripada itu, sebanyak 172 pusat pemindahan sementara yang masih aktif.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 53 penutupan jalan turun dilakukan akibat daripada air bertakung di atas jalan raya dan kejadian tanah runtuh.

“Kita juga telah menggerakan pelbagai aset dengan kekuatan anggota seramai 6,042 orang sepanjang operasi penyelamatan mangsa banjir,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN