KOTA KINABALU: Keadaan banjir di Sabah beransur pulih dengan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 281 orang daripada 62 keluarga di tiga daerah.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, setakat 5 petang tadi, daerah yang masih dilanda banjir adalah Paitan, Telupid dan Sandakan.
Penurunan ketara daripada 3,275 orang mangsa pada pagi tadi berikutan penutupan semua 14 PPS di daerah yang sebelum ini terjejas teruk akibat banjir iaitu Kota Marudu. Turut ditutup sepenuhnya adalah empat PPS di Pitas.
Penutupan PPS di Kota Marudu dan Pitas itu dilakukan secara berperingkat pada pukul 12.30 tengah hari dan 1 petang tadi.
Di Telupid, terdapat 183 mangsa daripada 46 keluarga ditempatkan di enam PPS manakala, di Paitan, seramai 54 orang mangsa daripada 10 keluarga masih berada di dua PPS dan di Sandakan, 45 mangsa daripada tujuh keluarga berada di sebuah PPS. – UTUSAN ONLINE










