Bangkai penyu agar terapung di perairan Pulau Kapas

Bangkai penyu agar terapung di perairan Pulau Kapas

BANGKAI penyu agar jantan dewasa yang ditemukan terapung di perairan Pulau Kapas di Marang, Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Lagi kematian penyu direkodkan di Terengganu dengan kali ini di perairan Pulau Kapas di sini. 

Bangkai penyu agar jantan dewasa itu ditemukan terapung oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi.

Pengarah Perikanan negeri, Ruzaidi Mamat berkata, reptilia marin berukuran 80 sentimeter panjang dan 69 sentimeter lebar itu dipercayai lemas akibat terperangkap pada pukat. 

“Kematian terbaharu itu sekali gus menjadikan kematian penyu melonjak kepada 10 kes dengan kejadian pertama pada 3 Januari lalu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Pada 3 Januari lalu, penyu agar betina dewasa ditemukan terdampar di Pantai Penunjuk di Kemaman diikuti dua kematian lain pada tarikh sama, 12 Januari di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. 

Kematian keempat dan kelima pula dilaporkan serentak pada 13 Januari, masing-masing di dua lokasi berasingan iaitu anak penyu agar di Pulau Kerengga, Marang di samping penyu agar jantan dewasa di Paka, Dungun. 

Ruzaidi berkata, kes keenam dan ketujuh berlaku di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu dan di Kuala Nerus melibatkan dua penyu agar jantan dewasa pada 14 Januari

Katanya, kes kelapan pula pada 18 Januari di Kijal, Kemaman diikuti satu kematian di Pantai Kemasik di daerah sama (20 Januari). 

Sementara itu, aktivis pemuliharaan penyu, Rani Awang, 56, menggesa siasatan terperinci dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian reptilia marin berkenaan yang berlaku berturut-turut dalam tempoh singkat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya