Baki PSP asyik tunjuk RM4.40, laman Facebook dihujani kemarahan pengguna - Utusan Malaysia

Baki PSP asyik tunjuk RM4.40, laman Facebook dihujani kemarahan pengguna

LAMAN Facebook aplikasi Penang Smart Parking (PSP) 'dihujani' kemarahan pengguna selepas paparan di aplikasi telefon bimbit mereka menunjukkan baki kredit sebanyak RM4.40 sejak awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Laman Facebook aplikasi Penang Smart Parking (PSP) ‘dihujani’ kemarahan pengguna selepas paparan di aplikasi di telefon bimbit mereka menunjukkan baki kredit sebanyak RM4.40 sejak awal pagi tadi.

Kebanyakan pengguna menyuarakan ketidakpuasan hati serta kebimbangan masing-masing selepas baki kredit RM4.40 tertera di aplikasi berkenaan walaupun mereka mempunyai baki kredit melebihi jumlah berkenaan.

Seorang pengguna, Teck Siew Choo, 22, berkata, disebabkan masalah itu dia bimbang jika kenderaannya akan dikenakan saman oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana baki kredit RM4.40 tidak mencukupi untuk membayar parkir.

“Saya terkejut apabila mahu menjelaskan bayaran parkir pagi ini kerana mendapati baki kredit saya hanya tinggal RM4.40.

“Sebelum ini saya telah menambah baki kredit sebanyak RM20, saya berharap masalah ini dapat diselesaikan segera,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, seorang lagi pengguna, Mohamad Adli Ali, 35, berkata, dia tidak dapat mengakses aplikasi PSP sejak tengah hari tadi.

“Saya berharap pengguna tidak dikenakan saman parkir oleh MBPP, bukannya kami tidak mahu membayar parkir namun aplikasi ini bermasalah,” katanya.

Sementara itu, laman Facebook Penang Smart Parking menjelaskan sedang mengalami masalah teknikal dan pasukan mereka berusaha untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

“Baki e-Wallet semua pengguna akan diselaraskan selepas pukul 6 petang ini dan semua fungsi lain dalam aplikasi PSP kekal beroperasi seperti biasa.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan kami sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya menerusi Facebook di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN