Amaran hujan lebat, angin kencang di 5 negeri serta KL, Putrajaya - Utusan Malaysia

Amaran hujan lebat, angin kencang di 5 negeri serta KL, Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut jabatan itu, Perak meliputi kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) diikuti Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) selain Negeri Sembilan (Seremban).

Amaran sama iaitu sehingga pukul 8 malam pula melibatkan Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)

Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN