Alasan Hasni mengelirukan rakyat - Mohd. Solihan - Utusan Malaysia

Alasan Hasni mengelirukan rakyat – Mohd. Solihan

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Alasan Barisan Nasional (BN) yang mahu memulihkan ekonomi dan memajukan Johor didakwa berniat mengelirukan rakyat bagi menyingkirkan Perikatan Nasional (PN) selaku rakan politik dalam kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd. Solihan Badri menegaskan, tindakan UMNO membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menggunakan alasan tersebut adalah suatu yang remeh dan tidak masuk akal bagi sebuah parti berusia 76 tahun.

Beliau menegaskan, barisan Exco daripada Bersatu sentiasa bekerja keras untuk membangunkan negeri sekali gus menyokong aspirasi bajet negeri 2022.

“Malangnya, PN digambarkan menjadi punca kemerosotan ekonomi Johor. Saya nak komen (slogan) nak pulihkan ekonomi. Jangan kelirukan rakyat. Saya juga ahli Exco. Kita ada data. Perintah Kawalan Pergerakan (kerana penularan Covid-19) yang menyebabkan kita terjejas dari segi ekonomi dan pelaburan.

“Akibatnya ramai rakyat kita (Johor) tidak dapat bekerja di Singapura. Warga Singapura tidak dapat masuk ke Johor Bahru, sebab itu banyak kedai dan restoran ditutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tindakan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad yang tampil dengan slogan ‘Matlamat BN: Majoriti 2/3, Maju Negeri, Pulih Ekonomi’ pada kain rentang semasa bergambar bersama-sama barisan kepemimpinan tertinggi UMNO dan ketua bahagian di Johor Bahru, kelmarin.

Mohd. Solihan berkata, sejak Hasni mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, tiada kemasukan pelaburan yang memberangsangkan.

“Sejak Hasni pimpin pun berapa banyak pelaburan yang dia berjaya bawa masuk ke Johor? Jadi bukan satu alasan yang kukuh pulihkan ekonomi dengan membubarkan DUN Johor untuk memberi laluan PRN. Exco dan wakil rakyat PN komited menyokong serta mendukung kerajaan negeri diterajui UMNO. Malah dalam banyak perkara kritikal wakil pembangkang turut bersama-sama kerajaan negeri termasuk menyokong kelulusan Bajet Johor 2022 walaupun berlaku defisit pada akaun negeri,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri itu menambah, bajet negeri mahupun Persekutuan banyak diperuntukkan untuk membantu rakyat, menyokong komuniti perniagaan serta melaksanakan pemulihan ekonomi berikutan terkesan teruk akibat Covid-19.

“Kami akur, situasi ini mendorong proses pembangunan menjadi perlahan manakala pertumbuhan ekonomi terjejas. Tapi, janganlah gambarkan PN menjadi puncanya. Bersatu Johor kesal dengan sikap UMNO yang membelakangkan prinsip perkongsian kuasa dengan PN dalam kerajaan negeri, dalam soal keputusan membubarkan DUN Johor bagi membolehkan PRN diadakan. Sikap dan tindakan ini hanya menguntungkan sebelah pihak,” katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Ledang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya