Ahmad Zahid akur keputusan Mahkamah Tinggi - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid akur keputusan Mahkamah Tinggi

AHMAD Zahid Hamidi melalui pasukan guamannya akan meneruskan persiapan prosiding di peringkat bela diri. - UTUSAN/MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang memerintahkannya membela diri atas 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Beliau berkata, pasukan guamannya akan meneruskan usaha sebagai persiapan untuk meneruskan prosiding di peringkat membela diri selaras dengan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan pihak mahkamah.

“Peguam-peguam saya akur dengan keputusan mahkamah seperti mana yang dibacakan oleh hakim kerana itu adalah hak mutlak hakim dan keakuran ini tidak terhenti pada hari ini, sebaliknya apabila pembelaan ini dilakukan, maka pasukan guaman saya akan menjalankan tugas-tugas mengikut prosedur yang telah ditentukan oleh mahkamah.

“Pasukan peguam saya akan meneruskan usaha guaman sebagai mana yang telah ditetapkan oleh mahkamah tadi, dan tarikh-tarikh juga telah ditetapkan dan tentunya ini berdasarkan kepada sistem perundangan yang sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas prosiding kes di Mahkamah Tinggi memerintahkannya membela diri hari ini.

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik yayasan berkenaan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.

Selepas perbicaraan di mahkamah tadi, hakim memutuskan bermula April hingga November bagi tarik bicara bela diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN