fbpx

‘Abang tentera’ kejutkan KL Thunder

SAINGAN Liga Sepak Takraw 2021/2022 yang membuka tirai Jumaat lalu akhirnya berjaya diteruskan dengan ‘restu’ Astaf.

KUALA LUMPUR :  ATM Guardians mengejutkan penyandang juara Kuala Lumpur (KL) Thunder 21-14, 21-11 di kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.

Mempamerkan permainan yang lebih mantap berbanding sewaktu menentang Putrajaya Cyborg, semalam, ATM Guardians kelihatan lebih bersedia apabila membuka perlawanan menerusi kemenangan dalam set pertama.

Enggan membuka laluan kepada lawan untuk bangkit, ATM Guardians yang mendapat sokongan padu daripada penyokong meneruskan persembahan cemerlang pada set kedua untuk menamatkan aksi itu dengan meraih kemenangan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN